suria

QZ8501: Tiga Kapal SAR Dakwa Kesan Kotak Hitam

Pasukan penyelam dari Angkatan Tentera Laut Indonesia melakukan tinjauan di sekitar kawasan lokasi nahas.
JAKARTA: Tiga kapal yang ditugaskan dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 mendakwa sudah berjaya mengesan kedudukan kotak hitam yang kini menjadi sebahagian fokus pencarian.

Timbalan Ketua Bidang Teknologi dan Pengembangan, Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi (BPPT), Ridwan Djamaluddin mengakui tiga kapal itu berjaya mengesan isyarat 'ping' yang sama, kira-kira pukul 8.15 pagi Waktu Indonesia Tengah (WITA).

"Yakin.. kerana tiga kapal melaporkan isyarat yang sama dengan tiga alat yang berada di tiga lokasi.

"Mudah-mudahan ia tidak salah kerana tiga alat itu ketika melakukan pengesanan, pingnya menjawab dari kotak hitam pesawat," kata Ridwan.

Beliau berkata, isyarat 'ping' daripada kotak hitam yang dicari selama ini berada di kedalaman sekitar 30 meter di dasar Laut Jawa.

Katanya, pihaknya akan menyerahkan kepada Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (KNKT) untuk tindakan susulan.

"Untuk mengangkat (kotak hitam), hanya KNKT yang mempunyai kuasa mengangkatnya," katanya.

-Metrotvnews.com
QZ8501, kotak hitam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain