suria

Hayat Wanita Paling Dikehendaki Polis Perancis

Hayat kini bergelar penjenayah bersenjata berbahaya.

PARIS: Anggota keselamatan Perancis melancarkan gerakan besar-besaran memburu isteri militan bersenjata selepas 17 orang terbunuh dalam keganasan selama tiga hari yang menggemparkan negara itu.

Hayat Boumeddiene, 27 kini menjadi wanita paling dikehendaki polis di negara itu kerana didakwa ‘bersenjata dan berbahaya.'

Dia ialah isteri Amedy Coulibaly yang terbunuh, Jumaat selepas pasukan keselamatan menyerbu sebuah pasar raya Yahudi di timur Paris, tempat dia menahan beberapa tebusan.

Coulibaly didakwa membunuh empat tahanan dan menggesa rakannya yang lain melancarkan lebih banyak serangan sebelum ditembak mati.

Tindakan polis itu susulan kenyataan Presiden Perancis, Francois Hollande yang percaya ancaman yang dihadapi negara itu belum berakhir, diikuti ancaman kumpulan militan yang mahu melancar serangan baharu.

Hollande mengadakan mesyuarat tergempar beberapa jam selepas drama dua tebusan berakhir yang turut menyaksikan kematian dua beradik yang membunuh 12 orang di pejabat akhbar satira, Charlie Hebdo Rabu lalu.

Tiga penjenayah lelaki, masing-masing Cherif Kouachi, 32, dan abangnya, Said, 34, serta lelaki bersenjata di pasar raya berkenaan, Amedy, 32, berada dalam senarai agensi perisikan.

Cherif dan Said ditembak mati anggota keselamatan di sebuah bangunan di Dammartin-en-Goele di luar Paris awal pagi Jumaat.

Ketiga-tiga mereka yang kenal antara satu sama lain mempunyai rekod kesalahan berkait dengan fahaman radikal.

Cherif dan abangnya melancarkan serangan terhadap pejabat Charlie Hebdo, kerana bertindak balas terhadap akhbar itu yang menyiarkan kartun menghina Nabi Muhammad (SAW).


Perancis, Hayat Boumeddiene, militan

Artikel Sebelum

Restoran 'Hidang' Lauk Tikus

Artikel Berikut

Artikel Lain