suria

Pejuang IS Warga British Maut Dalam Perang

Salah seorang rakyat British yang dilaporkan maut dalam peperangan di Syria.

LONDON: Seorang lagi rakyat British yang berjuang untuk kumpulan Negara Islam (IS) dilaporkan terkorban, menjadikan jumlah keseluruhan rakyat negara itu yang maut di Iraq dan Syria adalah seramai 36 orang.

Rakyat British terbaharu yang dilaporkan maut itu dikenali sebagai Abu Qudama Al-Britani di kalangan pejuang IS dan mula dikenali selepas menampilkan diri di laman sosial.

Bagaimanapun, Kementerian Luar British memberitahu Mail Online, pihaknya tidak dapat mengesahkan bahawa laporan itu benar.

Abu Qudama dilaporkan maut ketika berperang mempertahankan IS di kawasan padang pasir di Dabiq, Syria.

Berita kematian Abu Qudama merupakan yang terbaharu selepas seorang lagi rakyat British maut ketika melakukan pengeboman berani mati di Anbar, Iraq.

Dalam siri serangan di kawasan ketenteraan Iraq itu, seramai 23 tentera dan pejuang kerajaan dilaporkan terkorban.

IS, Syria, Iraq

Artikel Lain