suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ebola: Lima Diletakkan Di Bawah Pengawasan Rapi Di Thailand

- Gambar hiasan
BANGKOK: Kementerian Kesihatan Awam berkata lima orang kekal di bawah pengawasan rapi virus Ebola pada masa ini, Agensi Berita Thai (TNA) melaporkan.

Dua jurutera Eropah yang telah berkunjung ke Liberia dan tiba di Thailand pada 24 Disember sebelum ini disyaki dijangkiti virus itu selepas menunjukkan tanda-tanda demam panas selama dua hari semasa ketibaan.

Ujian kemudian menunjukkan kedua-dua mereka menghidap malaria yang teruk.

Timbalan Setiausaha Tetap Kesihatan Awam Dr Vachira Pengchan pada Isnin berkata kedua-dua lelaki berkenaan telah pulih.

Ebola terus merebak di negara-negara Afrika Barat seperti Guinea, Sierra Leone dan Liberia.

Statistik rasmi daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia menunjukkan kira-kira 20,000 orang telah dijangkiti Ebola setakat hujung 2014 di mana 8,000 telah mati akibat virus itu.

Sukarelawan yang baharu dilantik baru-baru ini dan dihantar ke kawasan-kawasan yang terjejas Ebola juga dikhuatiri mengalami virus tersebut.
Ebola, Ebola di Thailand

Artikel Berikut

Artikel Lain