suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nelayan Di Bangka Dakwa Temui Serpihan, Objek Keras

Seorang wanita melihat mesej sokongan kepada waris mangsa pesawat QZ8501.
BANGKA: Laporan portal Kompas.com melaporkan Pangkalan Udara Bangka Belitung (Babel) dimaklumkan mengenai penemuan serpihan atau objek keras di perairan utara Bangka dan Pulau Tujuh.

Namun masih belum dipastikan sama ada ia adalah serpihan pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia yang hilang, Ahad lalu.

Pegawai Babel, Adi Nugraha, berkata serpihan itu diperoleh berdasarkan maklumat daripada nelayan di Belinyu.

"Nelayan berkenaan memberitahu, ada serpihan berukuran empat meter panjang dan satu meter lebar, warnanya merah dan putih kelabu," katanya.

Maklumat tersebut kemudian disalurkan terus kepada Pangkalan Taktikal Udara Depati Amir Pangkal Pinang.

"Kita dapat maklumat daripada seorang nelayan bernama Taha, sudah kita maklumkan kepada pihak yang berkenaan. Dia (nelayan) itu mendapati banyak sampah yang luar biasa berada di perairan sekitar Belinyu dan Pulau Tujuh," katanya.
QZ8501, AirAsia Indonesia

Artikel Lain