suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kementerian Pengangkutan Indonesia Mula Usaha Mencari

JAKARTA: Kementerian Pengangkutan Indonesia telah memulakan usaha mencari dan menyelamat pesawat AirAsia, QZ8501 yang dilaporkan hilang sejak pagi Ahad.

Pegawainya, Hadi Mustofa memberitahu MetroTV Indonesia, pesawat yang membawa seramai 162 penumpang terputus hubungan dengan menara kawalan selepas berlepas selama 42 minit dari lapangan terbang Surabaya.

Pesawat itu dilaporkan berlepas pada pukul 5.35 pagi (waktu Indonesia) iaitu 6.35 pagi waktu Malaysia.

Menurut Mustofa, nasib seramai 155 penumpang dan tujuh anak kapal masih belum diketahui sehingga ini.

Katanya, pesawat itu dikesan hilang di perairan berhampiran Kalimantan.

Artikel Lain