suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat AirAsia Diminta Tukar Laluan Sebelum Hilang

PETALING JAYA: Pesawat AirAsia, QZ8501 yang dilaporkan hilang telah diminta membelok beberapa darjah sebelum gagal dihubungi menara kawalan.

Agesi berita yang memetik pegawai Kementerian Pengangkutan Indonesia, Hadi Mustofa berkata, pesawat tersebut telah diminta membelok beberapa darjah dari laluan asal Surabaya ke Singapura sebelum hilang.

"Ia telah mengambil laluan yang sedikit berbeza. Juruterbang juga diminta untuk meningkatkan ketinggian dari 3,200 kepada 3,400 kaki," katanya.

Bagaimanapun Hadi memberitahu, perubahan tersebut merupakan perkara biasa dan penerbangan berkenaan dipercayai masih di rantau Indonesia.

"Ia mungkin masih berada di Indonesia," katanya sambil mendakwa situasi cuaca buruk dan faktor lain mungkin menjadi penyebab pesawat gagal dihubungi.

AirAsia Hilang, Indonesia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain