suria

Durian Beku Malaysia Dipasarkan Di Gedung Runcit China

Durian Musang King.
BEIJING: Durian beku Musang King Malaysia, dengan rasanya yang sering digambarkan sebagai lemak manis dan beraroma, kini boleh didapati di gedung runcit World Good Farming Development Co Ltd di Beijing.

"Kami menerima kira-kira 2,000 paket durian beku Musang King bermula bulan ini, dengan 1,400 akan diberikan sebagai hadiah kepada pelanggan kami," kata Timbalan Pengurus Besar syarikat itu di Beijing Du Yong.
 
Du berkata langkah itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai durian beku Malaysia, yang masih dianggap produk baharu bagi rakyat China. 

Apabila durian Thailand telah mendominasi pasaran China selama lebih 30 tahun, Malaysia hanya mula mengeksport durian beku pada 2011 susulan lawatan bekas Perdana Menteri China Wen Jiabao ke Kuala Lumpur pada akhir April 2011.

Syarikat tersebut, yang ketika ini mengendalikan tiga cawangan di Beijing, akan menjual lebih banyak durian beku Malaysia jika ia mendapat sambutan baik daripada pelanggan, katanya kepada pemberita Malaysia selepas pelancaran durian beku Malaysia di gedung runcit di sini, Jumaat.

Duta Besar Malaysia di China Datuk Iskandar Sarudin melahirkan keyakinan bahawa durian Malaysia akan menjadi jenama yang dikenali di China pada masa akan datang, menyatakan walaupun persaingan daripada Thailand, ia telah menjadi lebih popular di China walaupun ia hanya diperkenalkan di pasaran pada 2011. 

Kaunselor Pertanian di Beijing Aszmy Mahmood Yusof Mohamed berkata sehingga Ogos tahun ini, Malaysia telah mengeksport durian beku bernilai US$1.2 juta ke China.

"Pada tahun lepas, nilai eksport mencecah US$1.6 juta," katanya, sambil menambah pengeksportan durian beku pada tahun ini dijangka melebihi tahun lepas.

Loh Wee Keng, Pengurus Besar Regal Plus (China) Co Ltd, syarikat yang mengimport produk makanan Malaysia, berkata rasa durian Musang King lebih sedap tetapi ia lebih mahal. 

"Durian beku Musang King mendapat sambutan baik daripada rakyat China, dan saya yakin pesanan bagi buah tersebut akan meningkat dua hingga tiga kali ganda pada tahun depan," katanya, sambil menambah World Good Farming, yang menerima sehingga 5,000 pelanggan pada setiap hari, boleh menjadi platform yang baik untuk mempromosikan buah durian. 

durian beku, Musang King, Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain