suria

Akaun Twitter Agnes Monica Cecah Lebih 11 Juta Pengikut

JAKARTA: Menduduki tangga teratas antara 10 pemilik akaun Twitter paling popular di Indonesia, itulah Agnes Monica penyanyi yang membuktikan bagaimana media sosial memainkan peranan dalam kerjayanya apabila mencatat lebih 11 juta pengikut.

Menggunakan nama @agnezmo, akaun itu antara yang paling aktif dalam talian, kata syarikat perkongsian sosial itu.

Ketua Pengarah Eksekutif Twitter, Dick Costolo berkata, pihaknya teruja melihat jutaan pengguna Twitter aktif di Indonesia.

Senarai itu menunjukkan, Agnes mendahului dengan 11,854,157 pengikut mengalahkan aktres sensasi Luna Maya menerusi akaunnya @LunaMaya26 dengan 8,317,068 pengikut yang menduduki tangga ke enam, diikuti penyanyi Afgan di tangga ke lapan.

Bagamanapun, bekas Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dengan 6,098,017 pengikut menerusi akaun @SBYudhoyono hanya tersenarai di tempat ke-10 paling popular.

Senarai 10 pemilik akaun Twitter paling popular di Indonesia:
# Agnes Monica (@agnezmo): 11,854,157 pengikut
# Ramalan Indonesia (@TweetRAMALAN): 9,387,042 pengikut
# Pelawak Raditya Dika (@radityadika): 8,724,709 pengikut
# Portal berita Detik News (@detikcom): 8,707,097 pengikut
# Sherina (@sherinasinna): 8,570,127 pengikut
# Luna Maya (@LunaMaya26): 8,317,068 pengikut
# Vidi Aldiano (@vidialdiano): 7,389,726 pengikut
# Afgansyah Reza (@afgansyah_reza) 7,199,582 pengikut
# Portal berita Metro TV News (@Metro_TV): 6,194,655 pengikut
# Susilo Bambang Yudhoyono (@SBYudhoyono):6,098,017 pengikut.

Agnes Monica, Twitter, Dick Costolo

Artikel Lain