Tebusan Sydney: Tembakan, Letupan Kedengaran Sebaik Kafe Diserbu Polis - Dunia | mStar

Tebusan Sydney: Tembakan, Letupan Kedengaran Sebaik Kafe Diserbu Polis

PETALING JAYA: Siaran langsung televisyen mengenai krisis tebusan di kafe Lindt di Sydney, Australia, menunjukkan kejadian tembak-menembak dan letupan berlaku dari bangunan berkenaan, sejurus selepas sekurang-kurangnya enam lagi tebusan dilihat keluar melarikan diri.

Rakaman yang diambil dari jauh menunjukkan tepi bangunan dengan pancaran yang dilihat sebagai tembakan dan letupan dari dalam kafe.

Anggota polis termasuk unit pemusnah bom, serta pasukan perubatan kecemasan kemudiannya dilihat berjalan secara berhati-hati memasuki bangunan itu.

Sekurang-kurangnya empat tebusan dipercayai cedera dalam keadaan yang huru-hara itu, dengan sekurang-kurangnya seorang ditembak.

Menerusi rakaman terdahulu yang disiarkan sejurus sebelum polis menyerbu masuk ke bangunan tersebut, menunjukkan sekumpulan lima tebusan melarikan diri dari bangunan itu sebelum dibawa ke tempat selamat oleh anggota polis.

Seorang lelaki keluar dari bangunan itu seorang diri selepas itu, tetapi diarahkan untuk meniarap di jalan sebagai langkah berjaga-jaga untuk diperiksa polis.

Robot pemusnah bom turut dilihat dibawa ke kafe tersebut selepas kejadian tembak-menembak berlaku.

Polis New South Wales menerusi akaun twitter @nswpolice mengesahkan bahawa krisis tebusan Sydney berakhir, 16 jam selepas lelaki bersenjata menawab sejumlah tebusan.

Sementara itu, beberapa laporan menyatakan bahawa dua maut manakala tiga lagi cedera ketika polis memasuki menyerbu masuk ke dalam bangunan itu. 

Artikel Sebelum

IS Lancar Bom Kala Jengking Hidup

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain