suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Iran Akui Serang IS Di Iraq, Nafi Berkerjasama Dengan AS

SEORANG pegawai kanan tentera Iran mengesahkan bahawa negara itu telah melakukan serangan udara terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS) di Iraq.

Bagaimanapun katanya, serangan itu dilakukan berikutan permintaan kerajaan di Baghdad dan bukan bersekutu dengan Amerika Syarikat (AS).

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar Iran, Ebrahim Rahimpour berkata, beberapa serangan yang dilakukan merupakan sebahagian daripada usaha melindungi rakan-rakan di Baghdad selain puak Kurdish.

"Dalam hal ini kami tidak ada sebarang kerjasama dengan AS. Kami hanya berkerjasama dengan kerajaan Iraq.

"Kami tidak mahu keadaan di Iraq menjadi seperti di Syria, yang mana telah didominasi oleh militan luar. Kami juga memberikan bantuan kepada Iraq kepada mereka lebih dekat berbanding Syria," katanya dalam temubual di London.




Iran, Iraq

Artikel Sebelum

Artikel Lain