suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes Tembak Brown: Protes Di Ferguson Semakin Buruk

FERGUSON: Penduduk di St. Louis,Ferguson terus mengadakan bantahan susulan kes tembak membabitkan seorang remaja lelaki kulit hitam di bandar berkenaan. 

Keadaan di bandar itu semakin huru-hara selepas mahkamah menolak dakwaan ke atas pegawai polis Darren Wilson,28, yang dituduh membunuh Michael Brown pada 9 Ogos lalu.

Selepas keputusan mahkamah dibuat, keadaan jalan-jalan di Ferguson sunyi beberapa minit apabila orang ramai bertafakur, namun keadaan kembali tegang.

Gabenor Misssouri, Jay Dixon mengisytiharkan darurat di kawasan berkenaan dan menggesa orang ramai supaya tidak berada di jalan raya menjelang waktu malam.

Beratus-ratus orang mengadakan protes jalanan dan sekurang-kurangnya dua kenderaan polis malah separuh daripada bangunan di kawasan itu dibakar.

Polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk meredakan keadaan.

Penunjuk perasaan itu juga turut berkumpul di Rumah Putih sebagai tanda protes.

Pada kejadian tersebut, Brown ditembak 12 kali oleh Wilson selepas cuba menyerangnya.

Bagaimana pun, menurut saksi, Brown berada dalam keadaan tidak berbahaya ketika tembakan itu dilakukan.

Ferguson, Michael Brown

Artikel Lain