suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Apartment Runtuh: 10 Maut, 15 Terperangkap

KAHERAH: Seramai 10 orang terbunuh manakala 15 lagi terperangkap apabila sebuah bangunan apartment runtuh di sini pagi Selasa.

Ketua Perkhidmatan Kecemasan Mesir, Mamduh Abdelkader berkata, pihaknya kini sedang berusaha menyelamatkan seramai kira-kira 15 orang yang terperangkap dalam kejadian itu.

Menurutnya, runtuhan di kawasan perumahan masyarakat miskin itu dipercayai berlaku akibat pembinaan haram.



"Setakat ini, seramai 10 orang disahkan maut dan jumlah itu dijangka naik kerana terdapat hampir 15 lagi masih terperangkap.

"Kita masih menyiasat punca runtuhan tetapi siasatan awal mendapati terdapat penambahan haram sebanyak dua tingkat pada bangunan itu," katanya.

Runtuhan bangunan di Mesir bukan kejadian luar biasa kerana tiada kawalan keselamatan dan perancangan pembinaan dibuat kerajaan.

Berikutan itu, pemilik bangunan sering menambah tingkat baharu secara haram walaupun ia memberi risiko untuk runtuh.




Mesir, Runtuh

Artikel Berikut

Artikel Lain