suria

Balkoni Runtuh: Dua Maut, Enam Parah

LONDON: Dua lelaki disahkan mati manakala enam lagi cedera selepas balkoni sebuah rumah runtuh di Cadogan Square di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian pada 10 pagi itu, seorang daripada mangsa maut di tempat kejadian manakala seorang lagi ketika tiba di hospital.

Identiti kedua-dua mangsa belum didedahkan, bagaimanapun mereka dipercayai pekerja yang sedang menjalankan tugas ketika kejadian.

Jurucakap perkhidmatan ambulan London berkata, pihaknya cuba menyelamatkan mangsa yang mengalami kecederaan parah tetapi gagal, manakala seorang lagi yang dibawa ke Hospital St Mary juga turut disahkan meninggal dunia.

"Enam lagi mangsa turut mengalami kecederaan, tetapi mereka tidak dibawa ke hospital, sebaliknya dirawat di tempat kejadian sahaja," jelasnya.

Seorang wanita tempatan, Theresa Roberts berkata, dia terkejut melihat balkoni setinggi 10 meter itu runtuh.

The balcony gave way with two men and a sofa standing on it

"Ketika sedang berjalan, saya lihat balkoni itu runtuh, saya tidak dapat melakukan apa-apa selain berundur kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku.

"Saya nampak seperti dua orang tersepit akibat runtuhan berkenaan dan mereka mengalami kecederaan parah," katanya.


London, St Mary

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Isu Ukraine: Biden Kecam Putin

Artikel Lain