suria

Isu Ukraine: Biden Kecam Putin

Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden (kiri) menegur Presiden Russia, Vladimir Putin supaya mematuhi perjanjian damai untuk membawa keluar angkatan tenteranya dari Ukraine. Kenyataan itu dibuat selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Ukraine, Petro Poroshenko (kanan) di Kiev pada Jumaat.

KIEV: Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden pada Jumaat mengecam tingkah laku Rusia di Ukraine sebagai 'tidak boleh diterima' dan menggesa Moscow supaya mematuhi perjanjian damai pada September lalu untuk membawa keluar pasukan tenteranya keluar dari negara itu.

Kenyataan keras itu diajukan kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden Ukraine, Petro Poroshenko, Biden berkata: "Lakukan apa yang anda telah persetujui, Encik Putin."

Kunjungan anggota peringkat tinggi AS ke Kiev dibuat sebagai sebahagian daripada usaha diplomatik untuk memulakan semula perjanjian damai yang ditandatangani oleh Ukraine, Rusia dan puak pemisah pro-Moscow yang berjuang di timur Ukraine.

Ukraine dan kuasa-kuasa barat menuduh Rusia sebagai dalang, bagaimanapun dakwaan itu ditolak oleh Moscow.

Merujuk kepada tindakan Russia menakluk Crimea pada Mac lalu dan menyokong puak pemisah di timur Ukraine, Biden, dalam kenyataan kepada media bersama Poroshenko, berkata sikap Russia adalah merupakan pelanggaran terang-terangan prinsip asas sistem antarabangsa.

Biden berkata, Amerika Syarikat akan terus menyokong Ukraine yang demokratik tetapi tidak menyatakan secara khusus sebarang bantuan baharu.

Russia menafikan ia memberi senjata kepada puak pemisah atau menghantar anggota tentera merentasi sempadan kedua-dua negara.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain