suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Lelaki Ditahan Conteng Tren SMRT

SINGAPURA: Gara-gara perbuatan vandalisme, polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan dalam kes yang melibatkan tren SMRT di Depoh Bishan di sini.

Suspek, kedua-duanya berumur 21 tahun, dikesan berada di Malaysia, hasil bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand (RTP).

Kedua-dua suspek kemudian diekstradisi ke Singapura pada Jumaat pagi, dan akan dihadapkan ke mahkamah pada Sabtu bagi pertuduhan melakukan vandalisme dan menceroboh kawasan larangan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, SAC Tan Chye Hee mengucapkan terima kasih kepada PDRM dan RTP atas bantuan mereka sehingga tertangkapnya kedua-dua suspek.

Pada 8 November lalu, kira-kira 6.40 pagi, polis dimaklumkan gerabak sebuah tren SMRT yang diletakkan di Depoh Bishan telah diconteng menggunakan cat semburan.

SMRT, Vandalisme

Artikel Sebelum

Isu Ukraine: Biden Kecam Putin

Artikel Berikut

Artikel Lain