suria

Gempa Bumi Cetuskan Tsunami Dilaporkan Di Indonesia Pada Sabtu

JAKARTA: Kejadian gempa bumi berukuran 7.3 skala Ritcher menggegarkan Pulau Maluku sehingga mencetuskan amaran tsunami dilaporkan berlaku di timur Indonesia pada Sabtu.

Menurut kajian Pusat Geologi Amerika Syarikat, gempa di dasar laut itu berlaku pukul 10.31 pagi.

"Tsunami dijangka berlaku di kawasan yang terletak sehingga 300 kilometer dari kawasan gempa," lapor Pusat Amaran Tsunami Pasifik.

Antara negara yang dijangka menerima tsunami itu ialah Indonesia, Filipina, Jepun, Taiwan dan pulau-pulau berdekatan.

"Ombak tsunami setinggi lingkungan 30 sentimeter hingga semeter dijangka membadai sebahagian Indonesia manakala ombak dengan ketinggian 30 sentimeter akan melanda Filipina," jelas pusat berkenaan.

Agensi Meteorologi Indonesia dalam pada itu telah mengeluarkan amaran tsunami berikutan kejadian gempa berkenaan.

"Bagaimanapun tiada arahan pemindahan dikeluarkan setakat ini kepada penduduk di kawasan tersebut," katanya kepada AFP.

Ritcher, Gempa Bumi, Tsunami

Artikel Lain