suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nyanyian Bapa Iringi Pemergian Lennon

Chris mencium kaki Lennon yang menghembuskan nafas terakhir selepas empat hari bertarung nyawa.
KETIKA dalam kandungan, Lennon James Pico sering kali bergerak apabila mendengar muzik dan tindak balas itu membuatkan bapanya, Chris meluangkan saat-saat terakhir bersamanya dengan menyanyikan lagu yang menyentuh perasaan.

Rakaman yang menggambarkan situasi penuh emosi bagaimana seorang suami yang baru kematian isteri tersayang, Ashley, 30 akibat komplikasi ketika bersalin menghabiskan masa dengan bayi lelakinya yang dalam keadaan kritikal. Video itu menjadi viral apabila lebih 200,000 menontonnya.

Lennon dilahirkan pada usia 26 minggu dan keadaannya yang lemah mengingatkan Chris dengan tendangan si kecil itu ketika dalam kandungan dan dengan diiringi petikan gitarnya, Chris duduk di sebelah inkubator anaknya dan menyanyikan beberapa lagu khas buat Lennon.

Menyedihkan sekali apabila hayat Lennon tidak lama apabila dia menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika dalam pelukan Chris, tiga hari selepas pemergian ibunya pada 8 November lalu.



Menerusi video sama dicatatkan: "Doktor dan jururawat Hospital Universiti Lorna begitu prihatin kerana Lennon kurang bergerak, begitu juga fungsi otaknya. Oleh itu, dia mendapatkan perhatian sepenuhnya sebaik dilahirkan.

"Ketika mengandung, Ashley sering merasai pergerakan Lennon ketika muzik dimainkan dan sebab itu jugalah Chris membawa gitarnya dan memainkan lagu kepada Lennon untuk beberapa jam.

"Bagaimanapun, sehari selepas itu, Lennon meninggal dunia dalam pelukan bapanya." 


Lennon James Pico, muzik, Ashley, bersalin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain