suria

47 Maut Serangan Pengebom Berani Mati Di Sekolah

Abubakar Shekau.

KANO (NIGERIA): Seramai 47 pelajar maut selepas seorang pengebom berani mati yang dipercayai anggota militan Boko Haram meletupkan dirinya di sebuah sekolah yang mengikuti sukatan ko-kurikulum ala Barat di timur laut Nigeria, Isnin.

Letupan kuat itu mencetuskan panik dan huru-hara di sekolah lelaki di Potiskum ketika semua pelajar sedang berkumpul untuk perhimpunan pagi sebelum kelas bermula.

Pembunuhan beramai-ramai itu yang disifatkan oleh Presiden, Goodluck Jonathan sebagai 'serangan pengecut', dilakukan sehari selepas satu rakaman video terbaharu pemimpin kumpulan radikal, Boko Haram di Nigeria, Abubakar Shekau yang menolak permintaan kerajaan Nigeria untuk mengadakan rundingan damai dan gencatan senjata tersebar.

Setiausaha Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon menggesa pihak berkuasa Nigeria untuk mengheret kumpulan bertanggungjawab melakukan serangan itu ke muka pengadilan.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Jen Psaki membidas serangan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan kumpulan pelampau di negara terbabit.

Pelajar di Government Comprehensive Senior Science Secondary School  di sini sedang menunggu ucapan daripada pengetua apabila letupan berlaku kira-kira pukul 7.50 pagi waktu tempatan.



Boko Haram, letupan, sekolah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain