suria

Malaysia Tarik Lebih Banyak Kes Timbang Tara Dari India

NEW DELHI: Malaysia bersedia untuk menarik lebih banyak kes timbang tara dari entiti korporat dan komersial India ketika melaksanakan dasarnya yang menarik.

Malaysia dan Singapura telah menawarkan pengecualian cukai kepada penimbang tara dan peguam dan Malaysia menjadi destinasi timbang tara pilihan bagi peguam dan pengantara dari India, The Times of India melaporkan.

"Tetapi dengan pengecualian visa dan permit kerja, Malaysia akan menarik lebih banyak kes timbang tara daripada entiti korporat dan komersial India, Penimbang tara antarabangsa Dhandapani Sarvanan dipetik sebagai berkata oleh harian berbahasa Inggeris itu.

Minggu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman mengenai pengecualian visa dan permit kerja ketika merasmikan bangunan baharu Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur (KLRCA).

Langkah ini akan menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di dunia yang menawarkan kemudahan seperti itu.

Sementara itu, bekas peguam cara tambahan India dan penimbang tara P. Wilson berkata, "pengecualian visa kepada peguam dan advokat pasti akan membuka pintu.

Syarikat sekarang akan memilihnya sebagai venue berkecuali bagi prosiding timbang tara."

Menurut laporan itu, penimbang tara dari India biasanya beralih ke Singapura untuk menyelesaikan urusan korporat membabitkan beberapa juta setahun.

India, Malaysia, Peguam

Artikel Sebelum

Artikel Lain