suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanada Lakukan Serangan Pertama Terhadap IS

OTTAWA: Tentera Kanada buat pertama kali melakukan serangan bom terhadap kubu kumpulan militan Negara Islam (IS) selepas bergabung dengan kumpulan tentera kerjasama Amerika Syarikat, pada Ahad.

"Selepas berkoordinasi dengan rakan gabungan kami, dua buah pesawat CF-18 menyerang sasaran IS dengan menggunakan bom jenis GBU 12 seberat 227 kilogram di Fallujah.

"Pesawat tempur itu kemudian kembali ke pangkalan dengan selamat," kata Menteri Pertahanan Kanada, Rob Nicholson dalam satu kenyataan.

Tentera Kanada melakukan serangan udara terhadap kumpulan IS selepas membuat tinjauan bermula Khamis.

"Serangan yang dilakukan hari ini merupakan ketegasan kerajaan dalam memerangi keganasan IS terhadap wanita, kanak-kanak dan lelaki tidak bersalah.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada tentera yang telah menjalankan misi penting ini," jelas Nicholson.

Serangan itu dilakukan Kanada selepas Presiden Perancis, Francois Hollande melawat negara itu.

Difahamkan, lawatan tersebut diadakan bagi membincangkan konflik di Iraq yang meragut banyak nyawa.

IS, Kanada

Artikel Sebelum

Artikel Lain