suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Maut, Dua Lagi Cedera Di Selatan Thailand

PATTANI (Selatan Thailand): Tiga pemimpin kampung maut manakala dua lagi cedera apabila kenderaan yang mereka naiki diserang oleh kumpulan lelaki bersenjata dalam satu kejadian di sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Muang Pattani, Pol. Kol Tuandir Chutanon, berkata dalam kejadian pukul 5 petang itu, kesemua mangsa yang menaiki sebuah trak pikap ditembak ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri mesyuarat bulanan di Pejabat Daerah di sini.

Mangsa merupakan seorang Tok Penggawa dan empat penolong ketua Kampung Klong Maning, daerah Muang Pattani.

Chutanon berkata mereka ditembak dengan rifel M16 dan AK47 berikutan terdapat lebih 50 kelongsong peluru jenis itu ditemui di tempat kejadian.

Suspek dikatakan menaiki sebuah trak pikap dan telah menghampiri kenderaan mangsa sebelum melepaskan tembakan, katanya.

Beliau berkata pihak polis sedang menyiasat sama ada motif kejadian itu berkaitan dengan konflik politik tempatan atau puak pemisah yang aktif di wilayah selatan negara itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain