suria

Dua Kumpulan Pemberontak Pro-Amerika Serah Diri Kepada Al-Qaeda

Kumpulan Jabhat al-Nusra berjaya merampas bekalan senjata yang dibekalkan Amerika Syarikat kepada dua kumpulam pemberontak di Syria.

DUA kumpulan pemberontak terbesar di Syria yang menerima senjata dari Amerika Syarikat untuk memerangi Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahan (ISIL) bertindak menyerah diri kepada Al-Qaeda.

Amerika Syarikat dan sekutunya yang melancarkan serangan udara terhadap Isil sebelum ini bergantung kepada Harakat Hazm dan Barisan Revolusi Syria (SRF) untuk melakukan serangan darat.

Sejak enam bulan kebelakangan ini, Harakat Hazm bergerak memerangi Isil dengan menerima senjata berat Amerika Syarikat dan sekutunya, termasuk roket GRAD dan senjata anti kereta kebal.

Tetapi pada Sabtu malam, Harakat Hazm menyerahkan pangkalan tenteranya dan senjata kepada Jabhat al-Nusra, yang merupakan kumpulan bersekutu Al-Qaeda dan menguasai kawasan Idlib.

Penyerahan itu berlaku sehari selepas Jabhat al-Nusra menyerang SRF di Deir Sinbal yang merupakan kampung ketuanya, Jamal Marouf.

Amerika Syarikat, Isil, Al-Qaeda

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain