suria

IS Bunuh Remaja Lelaki Kerana Upah Gambar

Gambar mayat remaja lelaki yang dibunuh dengan kejam militan IS tersebar di laman sosial.
MILITAN Negara Islam (IS) bertindak ganas dengan membunuh seorang remaja lelaki kerana didakwa mendapat upah untuk setiap gambar kegiatan kumpulan itu yang dirakamkan  di Syria.


Remaja berusia 17 tahun itu juga disalib, manakala sekeping nota digantung pada lehernya menuduh dia sebagai pembelot apabila menerima 500 lira Turki untuk setiap gambar yang diambil di pangkalan IS.

Beberapa gambar perbuatan kejam IS terhadap remaja itu hingga badannya berlumuran darah tersebar di bandar Raqqa.

Malahan, gambar itu terpapar pada akaun laman sosial kumpulan aktivis yang dikenali sebagai Raqqa - Disembelih Secara Senyap.

Kumpulan itu terdiri daripada individu yang menentang Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) walaupun bandar itu menjadi pusat kegiatan kumpulan militan itu.

Sebelum ini, IS memenggal kepala dua anggotanya kerana didakwa menjadi pengintip bagi pihak kerajaan Syria.

Kejadian itu berlaku di bandar Al-Bukamal selepas kedua-duanya ditahan pasukan polis kumpulan militan itu dan dihadapkan ke mahkamah syariah.


 

IS, Raqqa, salib

Artikel Berikut

Kad Kredit Obama Tak Laku

Artikel Lain