suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lapangan Terbang JFK Perhebat Pemeriksaan Virus Ebola

Lapangan Terbang JFK New York.
NEW YORK: Pasukan perubatan di Lapangan Terbang John F Kennedy (JFK) New York, mula melakukan pemeriksaan virus maut Ebola ke atas pengunjung dari tiga negara Afrika Barat dalam usaha menghentikan wabak berkenaan daripada merebak.

Lapangan terbang itu adalah yang pertama daripada lima lapangan terbang di Amerika Syarikat (AS) yang memperhebatkan pemeriksaan pengunjung dari Guinea, Liberia dan Sierra Leone.

Ketiga-tiga negara itu menyaksikan jumlah kematian paling tinggi dengan kira-kira 4,000 orang maut akibat jangkitan tersebut.

Hampir semua penumpang pesawat ke AS dari negara terbabit tiba di Lapangan Terbang JFK, Newark Liberty, Washington Dulles, Chicago O'Hare dan Hartsfield-Kackson Atlanta.

Prosedur baharu itu akan dimulakan di empat lagi lapangan terbang berkenaan mulai Khamis depan.

lapangan terbang JFK, New York, Ebola

Artikel Sebelum

Datuk 81 Tahun Tukar Jantina

Artikel Berikut

Artikel Lain