suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Maut Kapal Penyelidikan Taiwan Karam

Imej daripada video yang disiarkan menunjukkan kapal penyelidikan marin karam di perairan dekat pulau Penghu di barat Taiwan. Foto AFP

TAIPEI: Dua saintis maut manakala 43 yang lain diselamatkan apabila sebuah kapal penyelidikan marin karam di perairan Taiwan selepas terlanggar terumbu, kata pegawai pengawal pantai pada Sabtu.

Bantuan kecemasan gagal untuk menyelamatkan kedua-dua saintis itu selepas kapal "Ocean Researcher V", yang membawa 27 penyelidik dan 18 kru, karam di kepulauan Penghu pada Jumaat, kata pegawai.

Kapal seberat 2,700 tan itu mula karam selepas ia terlanggar sebuah terumbu dan hilang kawalan.

Mereka yang berada di dalam kapal itu menyelamatkan diri menggunakan rakit keselamatan, tetapi tenggelam berikutan angin kencang dan ombak besar.

Pengawal pantai dan tentera laut mengarahkan beberapa bot dan helikopter untuk menjalankan operasi menyelamat.

Kapal itu berlayar dari sebuah pelabuhan di selatan bandar Tainan pada Khamis untuk ekspedisi penyelidikan marin selama lapan hari yang diketuai oleh kerajaan dengan kerjasama beberapa universiti.

Ketika kejadian, ia dalam perjalanan ke Penghulu untuk mendapatkan perlindungan ekoran cuaca buruk. - AFP

kapal karam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain