suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakaman Video Dua Beranak Nyanyi Lagu 'Let It Go'

RAKAMAN video Chris Price dan anak perempuannya Lily menyanyikan lagu tema filem animasi Frozen, 'Let It Go' mencecah lebih 20 juta tontonan (view) dan 850,000 'like' di Facebook hanya dalam masa tiga hari.

Dua beranak itu menjadi 'superstar' segera di Internet selepas rakaman mereka menyanyikan lagu tema filem blokbuster tersebut di dalam kereta menjadi viral.

Rakaman berdurasi lebih 2 minit dan 30 saat menunjukkan Price dan anak perempuannya yang berasal dari Leicester, England menyanyikan lagu itu dengan penuh teruja.

Kedua-dua mereka ketika itu dalam perjalanan untuk bersiar-siar di London. 

Lily bagaimanapun bukan peminat filem animasi Disney itu yang pertama menyanyikan lagu tersebut di Internet. Terdapat ramai lagi yang turut menyanyikan lagu tersebut dengan cara dan gaya masing-masing, dan kemudiannya dimuat naik di Internet termasuk YouTube. 

Frozen, Let It Go

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain