suria

Putin Dipuji, Dikeji Pada Hari Lahir

Antara gambar yang tersebar sempena hari lahir Putin yang ke-62, Selasa.
MOSCOW: Ketika Presiden Vladimir Putin bersuka-ria meraikan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-62 di Siberia, Selasa, warga Internet pula mempunyai cara tersendiri untuk mengenang tarikh berkenaan.


Ramai pengguna Twitter tampil mengampu dan mempersenda pemimpin Russia itu, selain mengkritik dasar serta rekod pentadbirannya sebelum ini.

Kemeriahan tarikh 7 Oktober itu juga diwarnai pameran seni, lakaran grafiti, penghasilan baju T patriotik dan karya muzik khas untuk beliau.

Kumpulan yang menggelar diri mereka Rangkaian Sokongan Vladimir Putin, misalnya, mengadakan pameran seni dengan menampilkan imej Putin sebagai hero dalam mitos purba Greek, Hercules.

Ia bersesuaian dengan imej perkasa yang sering ditampilkan Putin dalam siri gambar propagandanya sebelum ini.

Bagi kalangan peniaga pula, kesempatan itu digunakan dengan menjual pelbagai barang berkaitan dengan Putin, seperti baju serta sarung telefon bimbit.

Untuk golongan pengkritik, tarikh 7 Oktober digunakan untuk mengecam Putin.

Menggunakan akaun Euromaidan PR, pemiliknya menulis: “7 Oktober di #Russia bukan sekadar hari lahir #Putin. Pada hari ini pengkritiknya Anna Politkovskaya dibunuh. pic.twitter.com/bPC1vYXpwO @olgatokariuk”

Peguam Ronald Zajac pula menulis: “Seseorang boleh menjangkakan budaya kediktatoran sesebuah negara dengan melihat tahap mereka meraikan hari lahir pemimpinnya. #Putinbirthday”

 

Putin, Russia, Siberia

Artikel Sebelum

Artikel Lain