Bayi Tabung Uji: Julia Perez Minta Ulama Bertenang - Dunia | mStar

Bayi Tabung Uji: Julia Perez Minta Ulama Bertenang

Julia Perez sentiasa dibayangi dengan isu kontroversi.
JAKARTA: Selebriti seksi dan sensasi Julia Perez tetap nekad mendapatkan anak melalui proses tabung uji dan tanpa pernikahan walaupun cadangannya itu ditentang keras Majlis Ulama Indonesia (MUI).


Kata penyanyi berusia 34 tahun itu, dia bertanggungjawab sepenuhnya atas rancangan hamil melalui proses persenyawaan di luar rahim itu.

Justeru, kata Julia, MUI dan orang ramai diminta bertenang.

“MUI harap bertenang, orang ramai juga diminta bertenang. Saya sudah maklumkan sebelum ini bahawa saya bertanggungjawab penuh atas sebarang kesan daripada keputusan ini,” katanya.

Julia kini sedang solo selepas berpisah dengan pemain bola sepak kelahiran Argentina dan kini mewakili kelab Pelita Bandung Raya, Gaston Castano, 29.

Disebabkan mengidam memiliki anak, Julia dilaporkan menyimpan benihnya di sebuah hospital di Pulau Pinang dan menunggu masa disenyawakan dengan sprema penderma yang tidak didedahkan identitinya.

Kata Julia, orang ramai perlu sedar bahawa dia berada di negara yang memiliki undang-undang.

“Saya pula muslimah yang belajar undang-undang. Jadi, semua pihak dinasihat bertenang,” katanya.

Menurut Julia, cadangan mendapatkan anak melalui tabung uji dibuat selepas mendapat nasihat doktor pakar.

"Rahim saya sukar mendapat anak selepas berusia 30 tahun. Justeru kata doktor saya harus hamil sekarang," katanya.

Julia dijadual berangkat ke Pulau Pinang esok (9 Oktober).

Julia Perez , tabung uji , MUI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain