Hotel NY Paling Mewah Dibeli Firma China Pada Harga Rekod Dunia - Dunia | mStar

Hotel NY Paling Mewah Dibeli Firma China Pada Harga Rekod Dunia

The Waldorf-Astoria New York merupakan hotel paling mewah di dunia kini dijual kepada sebuah firma China dengan harga rekod dunia. Foto: The New York Post.

NEW YORK: Hotel paling terkemuka di dunia, The Waldorf-Astoria di sini kini dijual kepada sebuah firma dari China pada harga rekod dunia AS$1.95 bilion.


Akhbar The New York Post  melaporkan, Anbang Insurance Group yang berpusat di Beijing adalah pemilik baharu hotel yang sebelum ini dimiliki  kumpulan Hilton Worldwide Holdings itu.

Jumlah yang dibayar oleh Anbang untuk memiliki hotel yang mempunyai 1,232 bilik itu adalah bersamaan dengan AS$1.3 juta sebilik.

Waldorf-Astoria yang terletak di tengah bandar raya ini adalah lambang kemewahan New York.

Setiap presiden Amerika Syarikat sejak 1931 ketika melawat New York akan menginap di Waldorf-Astoria.

Harga semalam untuk presiden Amerika menginap di Presidential Suite Waldorf-Astoria adalah AS$10,000.

Penjualan hotel mewah itu kepada Anbang bagaimanapun tidak termasuk kasinonya.

Kumpulan Hilton Worldwide Holdings akan diminta untuk terus menguruskan hotel tersebut untuk tempoh 100 tahun lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif LW Hospitality Advisors iaitu firma perunding hospitaliti, Daniel Lesser mengesahkan kepada The New York Post bahawa penjualan tersebut adalah satu rekod dunia untuk urusniaga sebuah hotel.

Sebuah lagi hotel ikon di bandar raya ini iaitu The Plaza, dijual pada harga AS$570 juta dua tahun yang lalu.

Menurut Hilton Worldwide, dengan pengambilalihan ini, The Waldorf akan menjalani proses pengubahsuaian dalam tempoh terdekat.

Pengasas rangkaian hotel Hilton, Conrad Hilton membeli The Waldorf-Astoria pada 1949.

Tidak ada presiden Amerika yang tidak pernah bermalam di hotel ini sejak 1931.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain