AS Dan Sekutu Akan Bawa Pembunuh Henning Ke Muka Pengadilan - Obama - Dunia | mStar

AS Dan Sekutu Akan Bawa Pembunuh Henning Ke Muka Pengadilan - Obama

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengutuk pembunuhan kejam pekerja kemanusiaan British, Alan Henning pada Jumaat dengan berkata AS akan membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan.

"Bersama rakan-rakan, kita akan terus mengambil tindakan tegas untuk melemah dan memusnahkan militan Isis (Negara Islam Iraq dan Syria)," katanya dalam kenyataan sebagai mengulas tindakan militan menyembelih Henning yang merupakan warga British.

Menurut video daripada kumpulan militan tersebut, Henning disembelih sebagai tindak balas kepada kerajaan AS dan British yang mengambil keputusan menyerang Iraq dan Syria.

"Henning berkerja untuk membantu dan menambah baik kehidupan rakyat Syria. Kematiannya merupakan satu kehilangan besar kepada keluarga dan organisasi tersebut.

"Berdiri bersama UK dan rakan-rakan lain, kami akan berkerja untuk membawa mereka yang membunuh Alan - pembunuh Jim Foley, Steven Sotloff dan David Haines ke muka pengadilan," jelasnya.

Foley, Sotloff dan Haines turut menjadi mangsa pembunuhan kejam Isis di depan kamera sebelum ini.

Rakaman pembunuhan itu kemudian ditayangkan secara dalam talian untuk tatapan dunia akan ahli keluarga mangsa.


 

Amerika Syarikat , Isis

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Blok Azmin sertai Bersatu - Sumber