suria

Haji: Jambatan Jamrah Baharu Untuk Keselesaan Jemaah

Jambatan Jamrah setinggi lima tingkat untuk memudahkan jemaah melakukan ibadah melontar.
MEKAH: Kerajaan Arab Saudi yang membina jambatan Jamrah baharu berkapasiti sehingga 500,000 jemaah dalam satu masa merancang memperluaskan laluan di Mina.


Menteri Hal Ehwal Perbandaran dan Luar Bandar, Putera Mansour bin Miteb berkata, langkah itu untuk memberi keselesaan kepada jemaah haji pada masa depan.

"Kita juga menempatkan anggota keselamatan di sekitar jambatan Jamrah untuk memantau pergerakan jemaah sepanjang ibadat melontar," katanya dalam laporan Arab News.

Sementara itu, Gabenor Makkah, Putera Mishaal bin Abdullah memaklumkan pihaknya bersiap sedia menerima kedatangan jemaah dan setakat ini semuanya berjalan lancar.

Sehingga kini, pihak Meteorologi dan Alam Sekitar negara itu melaporkan cuaca di Mekah, Madinah dan kawasan sekitarnya dalam keadaan sederhana dengan suhu kurang wah 36 darjah Celsius.

Jambatan Jamrah, haji, Mina

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Chun-ying Enggan Letak Jawatan

Artikel Lain