suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chun-ying Enggan Letak Jawatan

Chun-ying (kanan) ketika berucap pada sidang media malam Khamis.
HONG KONG: Pemimpin Hong Kong, Leung Chun-ying menegaskan tidak akan tunduk dengan desakan kumpulan penunjuk perasan yang menuntut beliau meletak jawatan.

Bagaimanapun, beliau meminta pegawai tertinggi kerajaan negara itu untuk mengadakan perbincangan dengan kumpulan tersebut.

Leung berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan kira-kira pukul 11.45 malam, 15 minit sebelum tempoh akhir ditetapkan kumpulan tersebut yang menggesa beliau meletak jawatan.

Kumpulan berkenaan mengugut untuk menceroboh bangunan kerajaan pada tengah malam. 

Sementara itu, pasukan keselamatan telah bersiap sedia dengan gas pemedih mata dan peluru getah dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain