suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

BANGKOK: Angkatan Tentera Myanmar (Tatmadaw) pada Khamis membebaskan 109 kanak-kanak yang direkrut dalam pasukan itu bagi menunjukkan komitmen berterusan untuk menjadikan anggota pasukan keselamatan lebih profesional dan kekal "bebas daripada tentera kanak-kanak'.

Pembebasan itu, yang dihadiri Menteri Kesatuan bagi Pertahanan, Lt Jen Wai Lwin, menyusul tidak lama selepas 91 kanak-kanak dan remaja dibebaskan pada Ogos 2014, menurut Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu setakat ini, 472 kanak-kanak dan remaja dilepaskan sejak Pelan Tindakan ditandatangani pada Jun 2012, bagi menghentikan khidmat dan menghalang pengambilan kanak-kanak untuk berkhidmat dalam tentera.

"Kami menyaksikan semakin ramai kanak-kanak keluar dari Tatmadaw dan ini menunjukkan usaha yang dipercepatkan oleh kerajaan Myanmar dan bagi menghentikan amalan berbahaya merekrut kanak-kanak," kata Renata Lok-Dessallien, Residen Bangsa-bangsa Bersatu dan Penyelaras Kemanusiaan di Myanmar, dan pengerusi bersama Pasukan Petugas Negara bagi Pemantauan dan Pelaporan mengenai pencabulan teruk terhadap kanak-kanak (CTFMR).

Sejak 2007, Tatmadaw, serta tujuh kumpulan bersenjata bukan negara telah diletakkan dalam senarai Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai pihak-pihak yang merekrut dan menggunakan kanak-kanak dalam pasukan tentera, kata UNICEF.

Susulan itu, kerajaan menandatangani Pelan Tindakan dengan CTFMR pada Jun 2012, yang menggariskan langkah-langkah bagi menghentikan dan menghalang penggunaan dan merekrut kanak-kanak.

Pembebasan hari ini adalah hasil perbincangan antara kerajaan dan CTFMR tentang bagaimana mempercepatkan usaha untuk memastikan Tatmadaw bebas daripada kanak-kanak, kata Bertrand Bainvel, Wakil UNICEF ke Myanmar dan pengerusi bersama CTFMR.

Beliau berkata kemajuan yang dicapai setakat ini termasuk mengeluarkan arahan baharu menghalang pengambilan kanak-kanak di peringkat batalion, akses CTFMR yang berterusan bagi kemudahan tentera, dan pemasangan papan iklan di seluruh negara untuk meningkatkan kesedaran bahawa merekrut kanak-kanak - bagi mereka yang di bawah umur 18 tahun adalah haram dan menyalahi undang-undang.

"Menghentikan usaha merekrut dan menggunakan kanak-kanak dalam angkatan tentera adalah penting ketika Myanmar berusaha untuk memperluaskan perlindungan kanak-kanak dan menjamin hak mereka," kata Bainvel. 


Tatmadaw, Bangkok

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain