suria

Serangan Udara AS Di Syria: 14 Militan, 5 Penduduk Maut

BEIRUT: Seramai 14 militan yang terdiri daripada ahli Kumpulan Negara Islam (IS) dan lima orang awam maut dalam siri serangan udara yang diketuai Amerika Syarikat pada malam Rabu.

Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berkata, kumpulan militan terbabit maut selepas serangan udara dilakukan di timur wilayah Deir Ezzor manakala lima orang awam terbunuh apabila tentera menggempur timur laut Hasakeh.

Pengarah pertubuhan itu, Rami Abdel Rahman memberitahu, serangan berkenaan secara keseluruhannya mensasarkan lokasi kemudahan minyak yang telah ditawan oleh IS.

Jelasnya, turut dibom adalah pusat pemeriksaan yang didirikan oleh IS.

Dalam serangan di lokasi orang awam, seorang bayi antara yang dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat.

Syria, IS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain