suria

Wanita Nama Isis Mohon Agar Kumpulan Pengganas ISIS Ditukar Gelaran

ISIS Martinez memulakan kempen mewakili ribuan daripada orang lain memohon agar menggunakan nama kumpulan pengganas ISIS (Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria) ditukar kepada panggilan lain seperti ISIL.

Martinez turut menggalakan semua orang yang melalui situasi ini agar tampil ke depan berkongsi pengalaman termasuk kanak-kanak yang dibuli di sekolah gara-gara mempunyai nama seperti itu.

Wanita tersebut ini memuat naik video di laman YouTube yang menyaksikan dia merayu kepada media agar tidak menggunakan namanya yang digambarkan amat memalukan sebagai manusia.

MArtinez,38, dari Florida City ini memulakan petisyen mendorong pihak media dan lain-lain agar menggunakan perkataan ISIL berbanding ISIS bagi menggambar sebuah kumpulan pemberontak yang sebelum ini dikenali sebagai Negara Iraq dan Jajahannya (Islamic State of Iraq the Levant).

Kempen tersebut bermula 23 Ogos lalu dan setakat ini Martinez telah menerima sebanyak 352 tanda tangan.

Isis Martinez

"Saya tidak boleh duduk dan lihat sahaja apa yang terjadi," katanya kepada Newsweek.

Dia turut menghantar video tersebut kepada kerajaan Amerika Syarikat agar menggunakan ISIL termasuk presiden Barack Obama, serta kepada UN dan Persatuan Media. 

"Beberapa minggu lalu keadaan amat sedih kerana namanya disiarkan berulang kali, jelas Martinez dalam videonya.

'Reaksi orang ramai tidak membantu dan saya seperti tersisih.

Sejak kempen itu bermula, malah turut dimuat naik di laman Facebook, Martinez berkata ramai wanita yang bernama Isis tampil dan berkongsi perasaan.

"Orang ramai terlalu menilai," jelas Martinez meluahkan perasaannya apabila dia memperkenalkan dirinya.

Kenapa tidak menggunakan nama gelaran atau nama tengah seperti Theresa?

"Jika saya menggunakan nama gelaran atau nama tengah, sudah tentu pengganas menang," jawabnya mendatar.

Isis Martinez, ISIS

Artikel Berikut

Artikel Lain