suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Israel Arah Tindak Balas Segera Terhadap Hamas

Benjamin Netanyahu
BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengarahkan tentera Israel melakukan tindak balas segera selepas serangan roket dilancarkan oleh kumpulan militan Palestin di Gaza, mengakhiri gencatan senjata selama tiga hari pada Jumaat, kata seorang pegawai.

"Perdana Menteri Israel dan menteri pertahanan telah memerintahkan (pasukan pertahanan Israel) IDF untuk membalas tentangan Hamas bagi perlanggaran gencatan senjata itu," kata seorang pegawai dalam satu kenyataan.

Tentera mengesahkan telah menyasarkan "kawasan pengganas di seluruh Semenanjung Gaza," dengan seorang jurucakap memberitahu AFP bahawa tiada tentera Israel telah memasuki wilayah Palestin.

Kementerian Dalam Negeri Palestin dan saksi berkata pesawat perang Israel telah menyerang Jabaliya di utara Gaza, dan juga Gaza City serta kawasan pusat wilayah kecil Palestin.

Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

Saksi juga melaporkan serangan meriam di timur dan utara Gaza City.
Gaza, Hamas, Baitulmaqdis

Artikel Lain