suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hamas Ikrar Teruskan Perang Jika Rundingan Dengan Israel Gagal

Hamas ikrar isytihar perang ke atas Israel sekiranya rundingan genjatan senjata selama 72 jam gagal dicapai. (gambar fail).
GAZA CITY: Hamas memberi amaran ingin meneruskan perang ke atas Israel jika rundingan gencatan senjata selama 72 jam yang diadakan di Kaherah sebelum ini gagal dicapai. 

Perkara tersebut dinyatakan oleh jurucakap sayap tentera Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam, Abu Obeida dalam siaran televisyen hari ini. 

"Kami merayu kepada delegasi Palestin agar tidak menerima pelan genjatan senjata kecuali kita berpuas hati dengan tuntutan rakyat Palestin," katanya sambil menegaskan pejuang Hamas bersedia bila-bila masa untuk kembali ke medan perang. 

Gencatan senjata 72 jam atau tiga hari sejak Selasa lalu mengakhiri pertumpahan darah yang berlarutan empat minggu dengan menyaksikan 1,886 rakyat Palestin terbunuh, manakala 67 maut di pihak Israeli. 

Setakat ini, Hamas dan Israel gagal dalam rundingan untuk melanjutkan gencatan senjata itu. 

Abu Obeida berkata, antara tuntutan utama Hamas ialah agar pelabuhan di Gaza dibuka semula. 

“Kami tidak akan bersetuju untuk menghentikan perang tanpa ada satu jalan penyelesaian yang muktamad bagi mengakhiri keganasan Israel terhadap Gaza," katanya. 
Hamas, Israel

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain