suria

Kanak-Kanak Mangsa Serangan Perkauman Di Australia

Polis membuat rondaan di kawasan serangan kanak-kanak.

SYDNEY: Beberapa remaja ditahan pada Khamis di atas tuduhan menyerang sebuah bas yang dipenuhi dengan kanak-kanak dari sekolah Yahudi di Sydney.

Polis berkata, sekumpulan kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun menaiki bas persendirian dalam perjalanan ke Bondi Junction (bahagian wilayah timur Sydney) pada petang Rabu ketika lapan remaja tersebut menyerbu mereka.

Mereka didakwa mengejek dan membuat ancaman fizikal dan ibu bapa kanak-kanak terbabit memberitahu remaja-ramaja itu menjerit "Heil Hitler, bunuh Yahudi" serta 'bebaskan Palestin".

Tiada kanak-kanak dilaporkan cedera tetapi Jacqui Blackburn yang mempunyai tiga orang anak perempuan berada dalam bas itu memberitahu radio ABC bahawa mereka trauma dan ramai yang menangis.

"Anak saya paling kecil memberitahu bahawa dia kini takut pada semua," katanya sambil mempersoalkan tindakan pemandu bas yang membenarkan remaja-remaja itu masuk ke dalam bas.

Lima daripada lapan remaja yang ditahan pada lewat malam dibebaskan dengan jaminan ibu bapa dan siasiatan akan diteruskan.

Timbalan Presiden Lembaga Yahudi New South Wales, Yair Miller memberitahu wartawan bahawa penjaga boleh turut menaiki bas sekolah.

"Tindakan itu langsung tidak boleh diterima, lebih-lebih lagi terhadap golongan masyarakat yang paling lemah, kanak-kanak," katanya.

yahudi, australia, kanak-kanak

Artikel Lain