20 Maut, 270 Cedera Letupan Gas Bawah Tanah Di Taiwan - Dunia | mStar

20 Maut, 270 Cedera Letupan Gas Bawah Tanah Di Taiwan

TAIPEI: Beberapa letupan gas bawah tanah menyebabkan 20 orang maut dan 270 mengalami kecederaan dalam kejadian di bandar kedua terbesar di Taiwan, lewat Khamis, kata pihak berkuasa. 

Agensi Kebakaran Kebangsaan berkata, lima anggota bomba adalah antara yang terkorban. 

Agensi berita Taiwan melaporkan anggota bomba pada mulanya berada di tempat kejadian bagi menyiasat kebocoran gas.

Selepas itu tiba-tiba berlaku letupan.

Perdana Menteri Taiwan, Jiang Yi-huah berkata, sekurang-kurangnya lima letupan menggegarkan kawasan di Kaohsiung iaitu bandar pelabuhan di barat daya yang dihuni kira-kira 2.8 juta penduduk. 

Sementara itu, rakaman video stesen penyiar ETTV Taiwan menunjukkan api marak dengan asap tebal kelihatan di udara di tengah jalan di bandar berkenaan . 

Pengarah Pusat Operasi Kecemasan dan Bencana Kebangsaan, Chang Jia-juch berkata, kebocoran gas propene itu mengakibatkan kebakaran dan tidak boleh dipadam menggunakan air. 

Punca kebocoran masih disiasat.
kebocoran gas , Taiwan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain