Kenyataan bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon berkata, gencatan senjata selama 72 jam itu yang dicapai selepas lebih tiga minggu pertempuran ditetapkan bermula pada jam 8 pagi (0500 GMT).
Pegawai dari Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, pihaknya menerima cadangan AS/PBB.
Jurucakap Hamas pula berkata, pejuang Islam yang menguasai Gaza memberitahu semua puak Palestin akan mematuhi gencatan berkenaan.
"Kami gesa semua pihak supaya menghentikan tindakan mereka sehingga gencatan senjata kemanusiaan ini bermula dan patuh kepada janji mereka sepanjang tempoh gencatan itu.
"Gencatan senjata berkenaan akan memberi kelegaan kepada orang awam yang tidak berdosa daripada terbabit dalam keganasan," kata Kerry dan Ban.


