suria

Tuah Lelaki Beli Rumah Dengan Bangsal Dikunci

SEBUAH rumah yang dibeli untuk tinggal selepas bersara nampaknya bertukar menjadi lombong emas untuk seorang lelaki bertuah.

Lelaki itu berkata, dia membeli sebuah rumah ladang yang tidak didiami banyak tahun, untuk tinggal bersama isterinya.

Bagaimanapun, menjadi penghalang buatnya untuk membeli rumah itu apabila ia mempunyai sebuah bangsal yang dikimpal untuk menutup akses ke bangunan itu.

Tetapi dia mengambil keputusan untuk membeli harta itu pada harga yang begitu murah dan kemudiannya mengambil kelengkapan untuk membuka pintu bangsal berkenaan.

Begitu mengejutkan sebaik sahaja pintu dibuka apabila dia menemui sesuatu yang luar biasa.

Di dalamnya sebenarnya mempunyai sejumlah kereta antik, termasuk Aston Martins, Mercedes dan beberapa model Lotus. Kesemuanya berhabuk tetapi banyak yang masih berfungsi.

Nilai keseluruhan dikatakan mencecah jutaan pound. Ini sebenarnya yang dinamakan wang persaraan, yang sudah tentu milik lelaki bertuah itu!

Adakah cerita ini sukar untuk dipercayai? Laporan lain mendakwa gambar-gambar tersebut adalah betul tetapi ia hanya koleksi penjual kereta yang menyimpannya di sebuah bangsal. - mirror.co.uk



bangsal, kereta antik

Artikel Berikut

Artikel Lain