10 Maut, 200 Dikhuatiri Terperangkap Tanah Runtuh Di India - Dunia | mStar

10 Maut, 200 Dikhuatiri Terperangkap Tanah Runtuh Di India

Kejadian tanah runtuh di perkampungan terpencil di daerah Pune di negeri Maharashtra, barat India pada Rabu. Foto AFP

MUMBAI: Sekurang-kurangnya 10 terbunuh manakala 200 dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di sebuah kampung di barat India berikutan hujan lebat pada Rabu.

Pasukan kecemasan bergegas ke perkampungan terpencil di daerah Pune di negeri Maharashtra itu di mana tanah runtuh di kawasan bukit menyebabkan batu-batu dan lumpur menimbus rumah-rumah.

Penduduk dilaporkan sedang tidur dalam kejadian yang berlaku pada waktu pagi itu.

"Sepuluh mayat telah ditemui setakat ini," kata Tripti Parule, jurucakap bagi Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan, dalam satu kiriman emel kepada AFP.

"Dua orang yang masih hidup berjaya diselamatkan. Menurut pegawai daerah, kira-kira 150 hingga 200 orang dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh," katanya.

Kira-kira 300 anggota penyelamat melakukan misi mencari dan menyelamat, namun hujan yang berterusan menyukarkan operasi mereka. - AFP

tanah runtuh

Artikel Sebelum

Lelaki 'Berkepala Separuh' Kembali Normal

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain