suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH17: Kiev Mahu Ukraine-Rusia Runding Di Belarus Isu Akses Lokasi Nahas

KIEV: Presiden Ukraine, Petro Poroshenko pada Selasa meminta Belarus menjadi tuan rumah rundingan antara wakil Rusia dan Ukraine untuk membincangkan mengenai akses ke lokasi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang terhempas di timur Ukraine.

"Petro Porochenko menghubungi Presiden Belarus, Alexander Lukashenko bagi menawarkan kerjasama dalam menganjurkan mesyuarat di Minsk.

"Mesyuarat yang akan diadakan pada hari Khamis itu membabitkan bekas Presiden Ukraine, Leonid Kuchma; Duta Rusia ke Ukraine, Mikhail Zurabov dan seorang wakil badan keselamatan Eropah OSCE," demikian menurut kenyataan pejabat presiden Ukraine.

Rundingan di Belarus akan menyentuh mengenai 'akses oleh pakar-pakar antarabangsa di tapak nahas MH17.
MAS, MH17

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain