suria

Angka Korban Rakyat Palestin Meningkat Berbanding 2009

Seorang remaja lelaki yang cedera parah dikejarkan ke sebuah hospital di Rafah.
BANDAR GAZA: Jumlah korban akibat kekejaman rejim Israel yang memasuki hari ke-24 kini mencecah 1,442 orang sekali gus melepasi angka korban ketika keganasan Yahudi selama tiga minggu pada awal 2009. 

Perkhidmatan kecemasan Gaza berkata, sekurang-kurangnya 44 orang mati dalam serangan Israel pada Khamis manakala 13 lagi mengalami kecederaan. 

Sementara itu, kira-kira 8,200 orang mengalami kecederaan sepanjang serangan tersebut dilancarkan.

Ketika keganasan Israel selepas Hari Natal pada 2008, mereka menceroboh kawasan pantai Gaza dan melancarkan roket ke arah pejuang Islam. 

Seramai 1,440 rakyat Palestin terkorban dan 5,300 orang mengalami kecederaan akibat kekejaman rejim Israel.

Palestin, Israel, Gaza

Artikel Lain