suria

Luis Suarez Gigit Kanak-Kanak Pula

PENYERANG Uruguay, Luis Suarez dirakam mengigit seorang kanak-kanak mengikut laporan sebuah portal berita yang berpangkalan di United Kingdom (UK).

Bagaimanapun video tersebut bukanlah kejadian benar tetapi telah disunting daripada rakaman asal bagi mengejek Suarez yang telah mengigit Giorgio Chiellini pada saingan Piala Dunia.

Video asal bertajuk 'Charlie Bit My finger' yang terkenal di Youtube telah disunting oleh peminat bola sepak bagi mengejek sikap penyerang Liverpool itu yang telah mengigit tiga pemain setakati ini.

Video siri asal dua beradik itu terkenal kerana telah ditonton sebanyak 700 juta kali di Youtube.

Suarez, Uruguay, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain