suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Nyaris Dilanggar Kereta Api Diselamatkan Polis

Seorang wanita nyaris dilanggar oleh sebuah keretapi yang sedang bergerak laju berjaya diselamatkan oleh seorang anggota polis.

IA merupakan saat saspens apabila seorang anggota polis cuba menarik seorang wanita yang nyaris dilanggar oleh sebuah kereta api.

Kejadian umpama adegan filem Hollywood itu berlaku apabila pegawai polis Richmond, R Morales berjaya membantu menyelamatkan seorang wanita yang baring di atas landasan keretapi di Texas, dengan bunyi keretapi yang sedang bergerak laju dapat didengari dari jauh.

Morales nekad menyelamatkan wanita itu yang meraung dan menangis teresak-esak dan beberapa saat  kemudian, keretapi meluncur laju di hadapan mereka.

Insiden pada Ahad itu berjaya dirakamkan oleh kamera yang diletakkan di atas papan pemuka kereta polis selepas beliau mendapat panggilan berhubung tindakan wanita tersebut. - metro.co.uk

Artikel Lain