suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat Awam Ditembak: Wanita Maut, 2 Anak Kapal cedera

Jenazah wanita yang maut selepas pesawat dinaiki diserang kumpulan lelaki bersenjata di Peshawar pada Rabu.

PESHAWAR, Pakistan: Tindakan sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan secara terbuka terhadap sebuah pesawat yang akan mendarat di sini mengorbankan seorang wanita pada Rabu.

Dalam kejadian yang turut mencederakan dua anak kapal itu, tembakan telah dilepaskan terhadap pesawat milik Penerbangan Antarabangsa Pakistan (PIA) yang membawa 170 penumpang dari Riyadh, Arab Saudi.

Pihak berkuasa berkata, pesawat itu cuba mendarat dengan selamat ketika berada di ketinggian 1,500 meter sebelum kumpulan bersenjata melepaskan tembakan.

Jenazah wanita yang maut selepas pesawat dinaiki diserang kumpulan lelaki bersenjata di Peshawar pada Rabu.

"Tembakan dilepaskan dari luar lapangan terbang, seorang penumpang wanita maut manakala dua anak kapal cedera. Wanita itu meninggal dunia di hospital," kata seorang jurucakap syarikat penerbangan.

Motif tembakan masih disiasat manakala senjata yang digunakan dipercayai rifal jenis AK-47.

Peshawar, Pakistan

Artikel Lain