suria

Pertaruh Suarez Gigit Pemain, Lelaki Menang £500

SEORANG peminat bola sepak di Norway memenangi wang tunai sebanyak £500 selepas jangkaanya bahawa penyerang Uruguay, Luis Suarez akan menggigit seseorang dalam saingan Piala Dunia berlaku.

Suarez yang pernah mengigit dua pemain kebelakangan ini dipertaruhkan akan menggigit pemain ketiga dalam Piala Dunia oleh sebuah syarikat perjudian di Norway.

View image on Twitter

Pertaruhan serendah £3 itu bagaimanapun dibayar sebanyak £500 jika pemenang berjaya membuat tekaan pemain manakah yang akan menjadi mangsa.

Dalam perlawanan melibatkan Uruguay menentang Itali pada pagi Rabu, Suarez telah menggigit bahu Giorgio Chiellini.

Peristiwa itu sekali lagi menimbulkan kontroversi dan pertikaian terhadap disiplin pemain berkenaan.


Norway

Artikel Sebelum

Artikel Lain