suria

Lelaki Letup Diri, 19 Penonton Piala Dunia Cedera

SERAMAI 19 lelaki yang sedang menonton siaran langsung Piala Dunia cedera selepas seorang pengebom berani mati bertindak meletupkan dirinya di luar sebuah kafe di selatan Beirut, Lubnan pada Isnin.

Pengebom berani mati itu bertindak meletupkan dirinya di dalam kereta yang dinaiki dikawasan pengikut Syiah berhampiran sempadan Syria.

Motif pengeboman itu dipercayai berlaku akibat pertelagahan antara pengikut Sunnah dan Syiah.

Ia juga merupakan kesan daripada pertelagahan yang berlaku antara kerajaan Syiah dan pemberontak Sunnahdi Syria.

Jurucakap berkata, daripada jumlah itu, seramai 11 lelaki mengalami kecederaan parah dan mendapat rawatan di Hospitasl Sahel.


Piala Dunia, Syria, Lubnan

Artikel Berikut

Artikel Lain